JellyPages.com

Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year 2014...

Assalamualaikum.....

Waaa mlm ambang tahun baru 2014....hehehe bunyi mercun n bunga api sedang bermaharajalela d sekeliling perumahan...hehehe org berkaroke pn ada....happening kn...alhamdulilah walaupun banyak dugaan yg datang bertimpa2 tahun 2013.. sekurang2nya aq masih lg bertahan dengan ujian dari Allah S.W.T........ aq hanya mampu bersabar dengan ujian dari Nya...sebab aq tahu Ia sayangkan umatNya yang bersabar....InsyAllah...hope tahun 2014 ini membawa keberkatan dalam hidup aq.... Aq hanya mampu merancang dan berdoa untuk mencapai cita2 & azam yg telah dibuat.... Ya Allah Engkau berkatilah segala perancangan dlm hidupku nanti ya Allah....Sesungguhnya aq hanya bersandar kepadaMu..... Azam yg xtercapai tahun 2013 aq c/f ke tahun 2014...hope semuanya dipermudahkan olehNya... Amin ya rabalalamin.....Amin....

Thursday, December 26, 2013

SIKAP

Mencintai Allah, bermakrifat kepada-Nya, selalu berzikir kepada-Nya, mencari ketenangan dengan - Nya, menenangkan hati di sisi - Nya, takut, berharap dan tawakal hanya kepada - Nya, dengan keyakinan bahawa Dialah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, adalah syurga dunia dan nikmat yang tidak boleh disamakan dengan nikmat lain. Dan itu adalah kesenangan dan hidup bagi mereka yang mencintai Allah.
     Pergantunagn hati hanya kepada Allah, ketekunan hati untuk berzikir kepada -Nya, dan qana'ah hati adalah sebab hilangnya keresahan dan kebinbangan, sebab munculnya kelapangan hati, dan sebab bagi hidup yang baik. Sebab itu, tidak ada hati yang lebih sempit dan tidak ada jiwa yang lebih resah daripada orang yang menggantungkan hatinya kepada selain Allah, yang leka berzikir kepada Allah, dan yang tidak puas dengan yang diberikan Allah. Dan pengalaman adalah sebaik-baik saksi.

Jangan Berdukacita, Ingatlah bahawa dengan membaca anda boleh meningkatkan potensi dan kemampuan anda.

Membaca buku membuka pintu fikiran dan memandunya ke arah kepandaian dan kebijaksanaan. Membaca buku akan memberi bekalan hikmah, membuat lisan tidak kelu, meningkatkan kemampuan berfikir, menghantar pada hakikat dan akan menghilangkan yang syubahat. Membaca buku adalah hiburan bagi yang menyendiri, munajat bagi jiwa, dialog bagi orang yang senang bersembang, nikmat bagi orang yang suka merenung, dan pelita bagi orang yang berjalan di tengah malam yang gelap. Jika ilmu itu selalu diulang, dikuasai dan disaring maka semakin ilmu itu berbuah, ranum dan tiba masanya untuk dipetik. Bagaimanapun ilmu itu tetep pada dahannya dan akan memberi buahnya tiap-tiap waktu dengan izin Tuhan. Sekalipun para penulis sudah mati namun percakapan tentang mereka tetap menempatkan mereka di kedudukannya.
     Keenganan untuk belajar adalah penjara bagi lisan, kongkongan terhadap nilai peribadi, kebekuan untuk hati, kerosakan bagi otak, kelesuan ditengah perjalanan mencapai ilmu dan kekeringan bagi fikiran. Mengapa demikian? Kerana buku selalu mengandungi faedah, perbandingan dan kebijaksanaan, cerita dan hikayat yang sangat unik...
     Faedah membaca sngat banyak dan tidak mungkin dikira jumlahnya. Sebab itu, kita berlindung kepada Allah supaya keinginan di dalam hati ini tidak mati, azam di dalam jiwa ini tidak lemah, dan semangat yang ada di dalam jiwa ini tidak lemah, dan semangat yang ada didalam dada tidak redup, sebab itulah musibah dalam erti yang sebenar.

renung2 kan lah......

Hidup nie susah kita nak duga...kadangkala kita rasa DEKAT dengan SESEORANG tu tapi sebenarnya JAUH....walaupun kita dapat GENGAM TANGAN dia, belum tentu HATI dia kita dapat SELAMI....mungkin kita boleh buat dia KETAWA tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA....bila dia MENANGIS kita sangka dapat MEMUJUKNYA walhal KEHADIRAN KITA LANGSUNG TAK DISENANGI...Rencah dunia kita takkan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN sehingga sampai saat kita jatuh TERSUNGKUR adakah tangan DIHULURKAN atau kita DITINGGALKAN......

F.RE.I.E.N.D.S

Kita ada kawan dan of course sepanjang berkawan tu banyak benda yang dia share ngan kita. And some part of it, dia minta kita rahsia kan apa yang perlu. Dan itu amanah kita dalam berkawan.
Dan di satu bahagian , kita sedang bercinta. Cinta mati la kononnya. Semua yang kita telah tau kita share ngan cinta kita ni. Dan amanah kawan untuk menyimpan rahsianya telah dilupakan secara sengaja.
Apa yang kita tau kita ceritakan pada si cinta dengan alasan, kawan kita pun kawan si cinta juga. Dan si cinta juga berhak mengetahuinya semua pasal kawan kita.
Please!!!! Jangan jadi BODOH!! Sori if menggunakan perkataan yang kasar, tetapi rahsia tetap rahsia even if kita sedang bercinta. Jangan hilang kepercayaan kawan kita hanya kerana cinta. Ada benda yang kita boleh kongsikan dan ada benda yang kita patut diamkan.
Bagaimana kita jaga rahsia kita dengan pasangan, begitu juga kita harus jaga amanah kawan kita. Jangan disebabkan cinta kita hilang kawan dan sanggup menikam kawan sendiri dari belakang.....Itukah yang dinamakan KAWAN.....
Kawan makan kawan adalah.....

P/s : pada yang pernah mengalami pasti tahu mcm mna perasaan nya tu kn...even sy sendiri pernah merasainya bila kawan yang kita percaya menikam dari belakang....

Wednesday, December 25, 2013

Assalamualaikum n selamat malam....

Saya share apa yang saya rasa best jew dari buku yang bertajuk Jangan Bersedih... sebab tidak semua memiliki buku ini dan tidak semua gemar membaca...so biarlah share mana lah taw ada yg ttba rajin nk buka2 internet n baca2 blog orang...so kalau terbaca pun biarlah untuk motivasi diri kita sendiri.... biar diri sendiri berfikir mcm mna nk jalani n lalui khidupan ini....bnyk masalah dan cubaan untuk kita berjaya kan....

Tiga Kesalahan Yang Masih Berterusan Setiap Hari.

1. Menyia - nyiakan waktu.
2. Memperkatakan hal - hal yang tidak mendatangkan manfaat. " diantara kualiti keislaman seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak mendatangkan manfaat untuk dirinya." ( Hadis Nabi )
3. Memberi perhatian yang terlalu besar terhadap masalah - masalah yang remah - temah. Sebagai contoh, suka mendengar khabar angin, ramalan - ramalan, dan gosip - gospi. Kesenangan seperti itu hanya akan membuat orang menjadi paranoid, menimbulkan kecemasan di dalam hati, dan melenyapkan kedamaian dari sanubari.
 Baginda Rasul mengajjarkan kepada bapa saudaranya Abbas satu doa yang menghimpunkan antara kebahagiaan dunia dan akhirat. "Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesihatan."
 Doa ini mencakupi dan meliputi semua hal. Di dalamnya ada kebaikan dunia dan akhirat.
 " Kerana itu Allah memberi kepada mereka pahala di dunia, dan pahala di yang baik di akhirat."
                    ( Surah Ali Imran : 148 )
 " Ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka."
                    ( Surah Taha : 123 )

Bermuhasabahlah Terhadap Diri Sendiri.

Biasakanlah diri supaya sentiasa menbuat catatan untuk dapat digunakan sebagai usaha bermuhasabah terhadap diri sendiri. Catatlah hal  hal negatif yang selalu anda kerjakan. Kemudian mulailah mencari jalan keluar untuk menghindarinya.
     Umar telah berkata " Lakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum orang lain melakukannya terhadap diri anda, timbanglah dirimu sebelum orang lain menimbangnya, dan hiasilah diri anda untuk hari penampilan yang luar biasa."

Dipetik dari buku La Tahzan/Dont Be Sad/Jangan Bersedih.
Hasil Dr. Aidh Bin Abdullah Al - Qarni.

Jangan berduka cita kerana rezeki lambat, tapi ia pasti tiba.

Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu susah hati kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seperti makmum yang mendahului imam padahal ia tahu bahawa salam hanya boleh selepas imam dahulu memberi salam. Segala masalah manusia dan rezeki itu sudah ditentukan, dan sudah selesai lima puluh ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.
     " Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu minta disegerakan "
                                                                                                   ( Surah An-Nahl : 1 )

     " Dan jika Allah mengkhendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalang limpah kurnia -Nya
                                                                                                    ( Surah Yunus : 107 )

Umar sendiri telah berdoa " Ya Allah, aku berlindung kepada - Mu dari kekejaman orang-orang yang durjana dan kelemahan orang-orangyang boleh dipercayai," Doa ini merupakan ungkapan yang mulia dan ikhlas. Saya sendiri sudah mencermati catatan perjalanan sejarah dan saya mendapat kesimpulan bahawa rata - rata musuh Allah itu mempunyai kesungguhan, azam dan cita - cita. Anehnya, kaum muslimin sendiri bermalas- malas, lembik, bergantung kepada yang lain, dan tidak bersemangat. Hanya Allah yang tahu. Tetapi sekurang-kurangnya, saya benar - benar memahami kedalaman makna ungkapan Umar tersebut.

Di petik dari buku La Tahzan,/Dont Be Sad/ Jangan Bersedih.
Buku Motivasi hasil Dr. Aidh Bin Abdullah Al - Qarni


Tuesday, December 10, 2013

Sedih n Kecewa...

Assalamualaikum....

Hurmmmm sedih n kecewa juga la sbb rzeki xsampai lg..huhuhu...tp xpe sbb sy mc percya yg Allah sedang mengaturkn perkara yang baik dalam hidup ini....awal pg dpt taw kptusan yang sgt2 la mengecewakan...tpi nk wat mcm mna jgk....rzeki xda....

Wednesday, December 4, 2013

8share Malaysia...

Just click n share dr web nie....

- http://bit.ly/1dQ3M8W


Nasihat... :)

1. Selesaikanlah masalahmu dengan tenang tanpa harus marah2 kepada orang lain yang tidak memahami apa2.

2. ketika kamu marah2 tanpa sebab yang jelas, ketika itu pula kamu sedang memperlihatkan kebodohanmu.

3. Bijaklah dalam menyelesaikan masalah.

4. Setiap masalah tentu mempunyai jalan keluar, bersabarlah.

5. Dan ingatlah, Tuhan memberikan suatu masalah, tentu juga dia memberikan anda cara penyelesaian.

6. " tua itu pasti, dewasa itu pilihan." Besarnya masalah bergantung kepada cara pemikiran kamu.

7. percayakan pada diri sendiri,bahawa kamu boleh menyelesaikan masalah demi masalah dengan baik.

Tuesday, December 3, 2013

Beza pada asal sama..

Sesuatu yang memenatkan ialah berharap....sesuatu yang memberi kekuatan ialah harapan...


15 Rahsia Wanita Yang anda perlu tahu....

walaupun da bca bnyk kali ttp still suka nk bca lg...hehehe...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, maknanya wanita itu menangis dalam hati...

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab tu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan..)

4. Sekiranya seorang wanita jatuh hati dengan seorang lelaki. lelaki itu akan sentiasa ada d fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan kawan2 or lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya dia akan cair seperti coklat.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolaklah cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tidak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan2.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui talefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh  seolah2 tidak berminat, tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10min. semua rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita, jadi jangan senyum sembarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan anda.

Salima AF4 sah bergelar isteri....


Tahniah.....Salimah Habibi bekas pelajar AF yg ke-4 telah sah menjadi isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Uztaz Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre....cantik...manis...

Petua untuk menghilangkan jerawat.

Assalamualaikum.....

Ramai antara kita yang mengalami masalah jerawat....hurmmm mesti la risau kan...salah satunya yg ada masalah jerawat termasuklah saya sendiri...hehehe...sal tu nak share ckit cara untuk mengatasi masalah jerawat.....

1. Buah Tomato.

- Buah tomato ini mempunyai banyak khasiat, salah satu khsiatnya adalah untuk mata, menghilangkan bintik hitam dimuka dan juga menghilangkan jerawat. 
--> Caranya : belah buah tomato lepas tu lumurkan keseluruh wajah, biarkan selama sejam ataupun sehingga kering. kemudian bilaslah dengan air suam...untuk menambahkan lagi seri tomato tu, rajin2 la makan tomato...tp bukan tomato yg kita lumurkan kat wajah tu...hehehe....

2. Lidah Buaya (aloevera)
- Bukan lidah buaya yg kat sungai tu ya...hehehe...ia sejenis tumbuhan yang berlendir tp bnyak khasiat ya... selain digunakan untuk menghilangkan jerawat aloevera ini juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat...
--> Caranya : Ambik lidah buaya, kerat la 2/3/4 ptong mcm tu... and then kupas kulit nya...haaa ada lendir kan, sebelum tu kena la bersihkan wajah dulu... now ambik lidah buaya tu lumurkan kat wajah... bila dah kering boleh bilas wajah tu dengan air suam... if nk kesan yg cepat n bagus rajin2 la lumur kn lendir lidah buaya ((aloevera) tu kat wajah...mesti berkesan... sbb sy dah mencuba...hehehe...

3. Ubat Gigi. (colgate)
- bila2 ada msa terluang boleh menggunakan kaedah ini sbb lebih senang, 
--> Caranya : letakkan ubat gigi pada kawasan yg ada jerawat tu...biar kan semalaman... esok nya plak bilas dengan air suam....hehehe.... kering atau tidak jerawat tu....sendiri la cuba ya....hehehe....

4. Pucuk Jambu Batu.
- Ambik la segengam daun pucuk jambu yg masih muda tu...jgn la campurkan sekali ngan yg daun yg tua....boleh bezakan warna daun kan...mustahil la xtaw...hehehe.... ermm...
--> Caranya : gulung2 kat kat tapak tangan...guna la kedua belah tangan...lpas tu sapu kat muka, biar kn seketika sampai lah kering...so bila dah kering boleh la bilas dengan air suam.... sendiri cuba sendiri lihat hasilnya....hehehe...
____________________________________________________________

Selamat Mencuba....

Sunday, December 1, 2013

Good Afternoon....

Assalamualaikum....

saya bukan nk copy paste apa shj dari buku tapi sy nk share apa yg saya telah baca dan untuk pengetahuan kita semua....ambik perkara secara positif....walaupun bukan semua hal tp sekurang2 nya kita boleh berfikir secara rasional dan positif kn....tak semua yang kita idamkan kita akan dapat...tp kita kena berusaha untuk mendapatkannya kn....
.............................................................................................................

Faedah Membaca Dan Menelaah

1. Membaca dapat menghalau perasaan waswas, cemas dan sedih.
2. Membaca dapat menghindarkan seseorang supaya tidak tenggelem dalam hal2 yang batil.
3. Membaca dapat menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang2 yang menganggur dan tidak mempunyak kegiatan.
4. Membaca dapat membiasakan lidah untuk bercakap dengan baik, menjauhkan kesalahan ucapan dan kefasihan.
5. Membaca dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani.
6. Membaca dapat meningkatkan ilmu dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman.
7. Dengan membaca orang dapt mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain, kebijaksanaan dari kalangan manusia yang bijaksana dan pemahaman para ulama.
8. Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang ilmu yang berbeza dan penerapannya dalam hidup nyata.
9. Menambah keimanan khususnya ketika membaca buku2 tentang kaum muslimin. Sebab buku merupakan pemberi nasihat yang paling mulia, pendorong jiwa yang paling besar, dan penyuruh kepada kebaikan yang paling bijaksana.
10. Membaca dapat membantu fikiran supaya lebih tenang, membuat hati supaya lebih terarah, dan memanafaatkan waktu supaya tidak terbuang sia-sia.
11. Membaca dapat membantu memahami proses pemilihan 'kata' secara lebih terperinci, pembentukan 'kalimat', untuk menangkap konsep dan untuk memahami apa yang berada disebalik tulisan.

Hidup jiwa adalah konsep dan makna, bukan apa yang engkau makan dan minum.

..................................................................................................................
Dipetik daripada Buku Motivasi Terlaris Lain Dari Yang Lain. Jangan Bersedih.
Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
(Muka surat 157 - 158 )

Jangan Bersandar Kepada penyebar Kebohongan..

Ramalan-ramalan akan berlakunya bencana sering mencemaskan kebanyakan orang, tidal lebih dari keyakinan yang tidak berasas.
     "syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil dan kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa Meliputi pengetahuan-Nya."

"Tekanan,insomnia dan kurang selera makan merupakan akibat putus asa dan ketakutan yang berlebihan akan jatuh dan gagal."
..........................................................
Dipetik dari Buku Motivasi Terlaris lain Dari Yang Lain. Jangan Bersedih.
Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Bagaimana berdepan dengan kritikan ...

Allah Yang Maha Mencipta dan Pemberi Rezeki Yang Maha Mulia, sering mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak berakal dan tidak tahu diri. Sebab itu, anda dan kita semua adalah manusia yang terlanjur dan salah. Dalam hidup ini, terutama jika anda seseorang yang sentiasa memberi, mengelokkan, mempengaruhi dan berusaha membina maka anda biasanya menerima kritikan2 yang pedas dan keras. Mungkin pula, sekali-sekala anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.

Mereka tidak akan berdiam diri dari mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam tanah, menaiki tangga ke langit dan berpisah dengan mereka. Sekiranya anda masih berada di tengah2 mereka maka akan tetap ada perbuatan mereka yang menbuat anda bersedih hati dan menitiskan air mata.

Ketahuilah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh, dan manusia tidak akan menendang anjing yang sudah mati. Kalau mereka marah dan kesal kepada anda adalah kerana mungkin anda mengatasi mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tingkah-laku, atau harta. Pendek kata, anda pada pandangan mereka adalah orang berdosa yang tidak boleh diampunkan hingga anda melepaskan semua anugerah dan nikmat Allah yang ada pada diri anda, atau hingga anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai2 mulia yang selama ini anda pegang teguh. Dan jika anda menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil, memang itulah yang mereka inginkan berlaku pada anda.

Sebab itu, waspadalah terhadap apa yang mereka katakan; kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan; tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan2 salji tiap2 saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya. Dengan kata lain, jika anda merasa terusik dan terpengaruh dengan kritikan dan cemuhan mereka, bermakna anda sudah membenarkan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan hidup anda. Padahal yang terbaik adalah tanggungjawab atau membalas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Lupakan sahaja mereka, dan jangan sekali-kali merasa tertekan dengan setiap usaha mereka untik menjatuhkan anda. Kerana kritikan mereka yang menyakitkanitu pada hakikatnya merupakan pujian dan ungkapan penghormatan untuk anda. Bertambah tinggi darjat dankedudukan yang anda duduki maka bertambah pedas pula kritikan yang anda terima.
          " Ketahuilah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh, dan tidak ada orang yang akan menendang anjing yang sudah mati."

Bagaimanapun, anda sukar untuk mendiamkan mulut mereka dan menahan gerakan lidah mereka. Yang anda mampu hanyalah mengubur dalam- dalam setiap kritikan mereka, mengetepikan tingkah-laku mereka pada anda, dan cukup membalas tiap-tiap perkataan mereka sebagaimana yang disuruh oleh Allah :
     " katakanlah ( wahai Muhammad ) : 'Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu."
                                                                                               ( Surah Ali Imran : 119 )
Lebih elok lagi jika anda dapat memasukkan cebisan2 daging ke mulut mereka supaya mereka diam seribu bahasa dengan cara membanyakkan keutamaan, mengelokkan akhlak, dan memperbetulkan tiap-tiap kesalahan anda. Dan jika anda ingin diterima oleh semua pihak, disukai semua orang, dan terhindar dari cela, bermakna anda sudah menyukai sesuatu yang mustahil berlaku dan mengharapkan sesuatu yang terlalu jauh untuk dicapai....
...................................................................................................................................................................
Dipetik dari Buku Motivasi Terlaris Lain Dari Yang Lain. Jangan Bersedih.
- Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.



Sepetang bsama family.. ♥

Assalamualaikum....
Hri ni hang out with family.... jaln2 p Kundasang... tmpat ni trletak d Daerah Kundasang... xla jauh pn dr pekan Ranau.. aishemen saper2 yg dtg mmg xrugi la... pemandangannya Subhanallah.... mmg cntik n mendamaikan.... stu lg tempat kat Mesilou... kjadian yg pnah blaku tnah runtuh dulu..tp tmpt jln2 selekoh sblh nya saja... hehehe... tmpt stu lg iaitu desa cattle... tempat pelihara lembu tu yg mcm kat New Zealand... blh ambik gmbr untk pre wedding sbb pmandangan mmg cntik... sukar nk ungkap dgn kata2... saper yg pnah dtg tu mesti taw keindahan tmpy mcm mna kn...hehehe.. xbnyk dpt ambik gmbr td sbb tngah dkung ank buah.... blh surf kat internet... alah google jew... hehehe....

Thursday, November 28, 2013

Keindahan Bumi Sabah...

Assalamualaikum n selamat mlm.....
nk share gk pemandangan yg cntik2 d sbh nie...gmbr2 bwh nie my friend Bro Aden yg ambik...dia ska sgt2 ambik gmbr....mmg cantik la...selain tu dia keje smbil jd photographer...hehehe...apa pn mmg gmbr2 yg dia ambik semuanya cantik.....gmbr2 nie dia ambik semasa sdg kerja klo xcilap...hehehe...



Tuesday, November 26, 2013

Shaklee untuk kesihatan....★

Pengamal produk shaklee mesti da taw apa kebaikannya kn... hehehe.... bnyak kbaikan untuk mkn supplement untk tubuh... bkn saja untuk menjaga kesihatan malah untuk kesegaran tubuh... dari hujung rambut sehinggalah hujung ibu jari kaki... bkn la nk kata produk lain xbagus tetapi just stay one produk saja untuk penjagaan diri... hehehe.. xkn la semua produk kita nk ambik kn... hehehe....mna yg tubuh kita sesuai tu jew la kita kekal kan...hehehe... btol x...

(-'')("-)

Assalamualaikum.....selamat malam n salam sejahtera....
aishemen...hehehe..xlma lg da tahun baru...azam thun nie ada yg xtrtunai lg...carry forward untuk thun depan supaya dpt d realisasikan...hehehe...waaaa...insyAllah.... 

Snow Cheese Cake

Bahan-bahan
Untuk Kek
6 keping slice cheese 
250ml susu segar 
100g butter
100g gula halus
110g tepung superfine - ayak
6 biji telur
1sk esen vanila
Untuk Topping
250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
1/2 tin susu pekat
1/2 ketul keju cheddar kraf - parut

Cara-cara :

Untuk Kek
-Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
-Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
-Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana.
-Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi. Kacau menggunakan whisk.
-Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
-Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
-Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
-Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath
-Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
-Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.

Untuk Topping :
-Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan


Monday, November 25, 2013

Assalamualaikum n Good Morning......

Salam sejahtera......
waaa today hntr lappy g repair so wat msa nie xbrapa dpt nk on9....xpe2....hehehe....sabar kn separuh dari iman....actually sbnarnya xsbr coz result kptusan interview untk msuk goverment xlma lg...huhuhu....hope so dpt....InsyAllah ada rezeki dpt la kn org kata...
ermm.... hidup ini bukan sesuatu yg mudah...yg penting kita berjaya untuk cari jalan daripada kesusahan...so terus kan berusaha selagi termampu...kita hnya mampu merancang tp Allah yg tentukan semuanya kn... Solat, Doa n Tawakal saja....Allah Maha Mendengar , Maha Mengetahui... Dia yang tentukan segala2nya.... InsyAllah... Amin....:)


Sunday, November 24, 2013

Apa2 saja...♥

Assalamualaikum n selamat malam....
Mlm ni lewat plak lelap sbb ptg td da tido... waaaa perut plak bkeroncong nk minta isi... jap lg nk cri makanan kt dapur.. hohoho... anyway lma da xbuat cheese cake.. nt la nk bli bahan2 n buat... hohoho... mcm best plak nk mnulis kat blog ni kn... hehehe...

   Nt sy share kat korang2 smua tempat yg best kat sbh ni yaaaa.... sabar... hehehe... sapa2 xpnah naik Gunung Kinabalu lg tu jom laaaa.... bestt...hehehe....

Saturday, November 23, 2013

Hujung minggu d rumah

Assalamualaikum n selamat petang semua... ♥
Hehehe 1st of all i am new here... hujung minggu mcm ni slalu stay at home shj sbb xda tmpt nk jln2...  bnyk tmpt yg best tp nk rest kn... so diam2 kt umah smbil tngk tv... hehehe....
Lupa plak sy tinggal kat Sabah... area Pekan Ranau... ada la dlm 2 jam pjalanan dr Kota Kinabalu...yg best nya... slalu nampak Gunung Kinabalu yeahhh...hehehe... Subhanallah... ciptaan Nya mmg cntik & indah...

I'm New Here

Assalamualaikum


Saya budak baru belajar.
Mohon tunjuk ajar.