JellyPages.com

Sunday, December 1, 2013

Bagaimana berdepan dengan kritikan ...

Allah Yang Maha Mencipta dan Pemberi Rezeki Yang Maha Mulia, sering mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak berakal dan tidak tahu diri. Sebab itu, anda dan kita semua adalah manusia yang terlanjur dan salah. Dalam hidup ini, terutama jika anda seseorang yang sentiasa memberi, mengelokkan, mempengaruhi dan berusaha membina maka anda biasanya menerima kritikan2 yang pedas dan keras. Mungkin pula, sekali-sekala anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.

Mereka tidak akan berdiam diri dari mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam tanah, menaiki tangga ke langit dan berpisah dengan mereka. Sekiranya anda masih berada di tengah2 mereka maka akan tetap ada perbuatan mereka yang menbuat anda bersedih hati dan menitiskan air mata.

Ketahuilah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh, dan manusia tidak akan menendang anjing yang sudah mati. Kalau mereka marah dan kesal kepada anda adalah kerana mungkin anda mengatasi mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tingkah-laku, atau harta. Pendek kata, anda pada pandangan mereka adalah orang berdosa yang tidak boleh diampunkan hingga anda melepaskan semua anugerah dan nikmat Allah yang ada pada diri anda, atau hingga anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai2 mulia yang selama ini anda pegang teguh. Dan jika anda menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil, memang itulah yang mereka inginkan berlaku pada anda.

Sebab itu, waspadalah terhadap apa yang mereka katakan; kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan; tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan2 salji tiap2 saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya. Dengan kata lain, jika anda merasa terusik dan terpengaruh dengan kritikan dan cemuhan mereka, bermakna anda sudah membenarkan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan hidup anda. Padahal yang terbaik adalah tanggungjawab atau membalas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Lupakan sahaja mereka, dan jangan sekali-kali merasa tertekan dengan setiap usaha mereka untik menjatuhkan anda. Kerana kritikan mereka yang menyakitkanitu pada hakikatnya merupakan pujian dan ungkapan penghormatan untuk anda. Bertambah tinggi darjat dankedudukan yang anda duduki maka bertambah pedas pula kritikan yang anda terima.
          " Ketahuilah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh, dan tidak ada orang yang akan menendang anjing yang sudah mati."

Bagaimanapun, anda sukar untuk mendiamkan mulut mereka dan menahan gerakan lidah mereka. Yang anda mampu hanyalah mengubur dalam- dalam setiap kritikan mereka, mengetepikan tingkah-laku mereka pada anda, dan cukup membalas tiap-tiap perkataan mereka sebagaimana yang disuruh oleh Allah :
     " katakanlah ( wahai Muhammad ) : 'Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu."
                                                                                               ( Surah Ali Imran : 119 )
Lebih elok lagi jika anda dapat memasukkan cebisan2 daging ke mulut mereka supaya mereka diam seribu bahasa dengan cara membanyakkan keutamaan, mengelokkan akhlak, dan memperbetulkan tiap-tiap kesalahan anda. Dan jika anda ingin diterima oleh semua pihak, disukai semua orang, dan terhindar dari cela, bermakna anda sudah menyukai sesuatu yang mustahil berlaku dan mengharapkan sesuatu yang terlalu jauh untuk dicapai....
...................................................................................................................................................................
Dipetik dari Buku Motivasi Terlaris Lain Dari Yang Lain. Jangan Bersedih.
- Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.



No comments: