walaupun da bca bnyk kali ttp still suka nk bca lg...hehehe...
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, maknanya wanita itu menangis dalam hati...
2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab tu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan..)
4. Sekiranya seorang wanita jatuh hati dengan seorang lelaki. lelaki itu akan sentiasa ada d fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan kawan2 or lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya dia akan cair seperti coklat.
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolaklah cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tidak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan2.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui talefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah2 tidak berminat, tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10min. semua rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita, jadi jangan senyum sembarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment